a very good reminder i guess…
Salam ‘Eidul Adha and sorry for all my wrong doings.
Assalamu’alaykum
Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.” Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?”
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?” Maka berkata Al-Qur’an :“Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?” Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”
*Sumber : iluvislam.

Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam juga pernah bersabda, walau dengan satu huruf kita baca Al-Quran,akan diberi 10 ganjaran..
begitu dahsyat ganjaran yang diberi, tapi adakah kita memanfaatkan ia dengan sepenuhnya?
tepuk dada, tanya lah hati. sama sama muhasabah diri..
Allah itu kasihkan hambaNya, malah Sifat Penyayang Allah itu melebihi segala nya..
:’)
Assalamu’alaikum Warahmatullah.
Manusia diciptakan dengan sifat tergesa-gesa.
Al anbiyaa’, 37
sama sama kita doakan pada Allah supaya jangan sebab sifat kita yang tergesa- gesa itu merugikan diri sendiri..
selamat beramal di bulan zulhijjah.ayuh kita sahut firman Allah seperti dalam surah al Baqarah ayat 148,
‘fastabiqul khairaat’ … maksudnya, maka berlumba lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan..
semoga kita sentiasa dipelihara dari segala dosa serta sempat bertaubat sebelum Malaikat ‘Izrail menjemput nyawa.. amin ya Rabb.
ingatkan daku andai terlupa. TT
Wallahua’lam..

Assalamualaikum dah hai semua :)
it has been a long time i haven’t update on my tumblr.lagi lagi dalam bentuk text kan. sekarang baru ada kesempatan :)
and of course,there are many things happened within those days. :’) subhanallah.
bercuti di malaysia selama 2 bulan.siapa sangka? kalau tak, memang cuti dalam sebulan macam tu je. tapi itu lah kuasa Allah, Jika Dia menghendaki sesuatu untuk terjadi, maka jadilah ia.. ‘kun faya kun’. dalam surah yassin kan sangat popular firman Allah tu..manusia merancang, namun Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lah yang terbaik.
Mengajar kalimah syahadah buat insan yang sedang hadapi sakaratul maut, tak terbayang di fikiran akan lalui saat sedemikian, namun itulah kuasa Allah, terima kasih Allah :’) kalau tak, dah ade kat mesir time tu TT. Semalam genap 3 minggu opah meninggalkan kami semua :’( jumaat.Ya Allah masa begitu pantas meninggalkan kita. rasa macam semalam baru je jumpa opah..tapi nak buat macam mane kan, hidup mesti diteruskan walaupun kehilangan orang yang kita sayang..Allah sudah pun berfirman dalam Al-qur’an, “setiap yang bernyawa pasti menemui mati.. ” dan kematian yang berlaku di depan kita itu sebenarnya satu bentuk peringatan yang Allah beri untuk kita.Hebat kan Allah tu.
sepanjang pengalaman menjaga opah, petanda kematian itu ada, tapi hati cuba menafikan :( malam sebelum opah pergi, kami sekeluarga mintak pertolongan Allah, solat berjemaah bersama, recite yassin,sambil opah disebelah :’) ikut sama solat dalam posisi baring,sudah tiada kudrat untuk solat seperti insan biasa yang lain. Dalam doa kami, “Ya Allah, jika hidup ini lebih baik baginya, maka kau lanjutkan usianya..jika mati itu lebih baik baginya, maka Kau permudahkan lah segalanya, sesungguhnya kami redha dengan ketentuanMu kerana kami tahu Engkaulah Tuhan yang mengetahui segala sesuatu…” Dan subhanallah, esok pagi jumaat , opah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 10.30 pagi. Semoga dia ditempatkan bersama insan yang soleh di sana. insya Allah. Petanda kematian tu contoh die, sakit pusat, selalu usap usap dahi, buang air warna hitam..muntah hitam. itu lah antara petanda kematian.masa tengok saat sakaratul maut tu, ya Allah…takut sangat.sakit kan.even Rasulullah Sallallah’alaihiwasallam sakit, inikan kita manusia biasa. :( that’s why kita perlu berdoa supaya mati dalam keadaan yang baik.jauh dari mati dalam keadaan yang buruk..insya Allah.
And then memang banyak saaangat lah cerita masa cuti 2 bulan kat rumah malaysia :) dan banyak juga pengajaran yang boleh kita kongsi sama sama.insya Allah.
Abi ade pesan ,
- Bukan senang nak jadi baik dalam dunia ni, nak puaskan hati semua orang.tapi selagi kita boleh jaga, kita jaga. yang penting pasangkan niat di hati, kerana setiap pekerjaan itu akan dinilai bergantung kepada niat di hati sanubari manusia :) Innamal a’malu binniaaat..(hadith arba’in)
- Setiap yang berlaku itu pasti bersebab., JADI, kalau ade ape ape yang berlaku itu, sama ada baik mahupun buruk, percayalah, itu semua ada hikmahnya.Saya rasa semua orang tahu tentang statement ni kan :) tapi sekadar mengingati tak salah kan..indah kan Islam tu. just imagine betapa tenang hidup kita kalau kita amalkan pemikiran macam tu. mesti tak de masalah sangat kan? ye lah, setiap kali ade benda berlaku kita akan fikir ape sebab terjadi sesuatu perkara tu,dan bila nak berfikir, of course lah dengan cara berhemah,yang tidak bersangka buruk,baru hati bersih,insya Allah :)doesn’t it make sense? :)
mm, sekadar berkongsi, tak baik kan mintak pertolongan dari jin dan syaitan? bukan ke syaitan itu musuh yang nyata, aduwwummubinn. seperti dalam firman Allah dalam surah yassiin. ish ish. jangan . jangan. menderita orang yang dibuat tu, buat ape nak bomoh bomoh, berdosa kan. nanti jawab lah di akhirat nanti. Lebih baik dan berkesan jika kita berdoa, mintak semua dari Allah. bukan kah itu jauh lebih mulia? sama sama kita bertaubat andai tersilap langkah, pintu taubat itu masih terbuka. :)
Oh ya, sekarang kan tengah sibuk tentang kempen Somalia kan? dekat tempat saya ni memang tengah bergiat untuk usahakan cari dana buat mereka.Jadi, ape kata kita sama sama menyumbang demi kebaikan hidup mereka. Seronok seronok jugak, tapi ade insan lain yang sedang menderita =( Mungkin hari ni hari mereka, namun siapa tahu,esok lusa nasib kita bagaimana. Jika kita permudahkan urusan manusia, Allah kan lebih memudahkan urusan kita,fiddunnia wal akhirah. insya Allah.
hmm.dalam hidup ni kan, kadang kadang manusia terlampau taksub dengan kemodenan kan, nak ikut ini, itu. better watch out, :)

adakah benda benda tu mampu melembutkan hati kita? if it does, alhamdulillah, but if it wasn’t, sudah sudah lah tu..bawak bawak lah berhenti. mengeraskan hati , hati gelap, siapa yang rugi? kita jugak. na’udzubillahi min zaaalik.
sama sama muhasabah. termasuk diri yang kerdil ini.
Last but not least, a big thanks to all peers yang sudi tolong angkat angkat barang.hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian :)
yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini.
Allahua’lam.
Let’s together strive for the excellent, in this world and afterlife.
insya Allah.

always choose the good things in life, because you are the decision maker.
Salam’alaik.. :)
terlalu tinggi pengorbanan yang kau berikan demi pertahankan kebahagiaan sebuah keluarga.semoga Allah memberkati usiamu.
muslims who read this, dare to be a great father?
insya Allah u will :) amin
(Source: takkesah)
assalamualaikum dan salam sejahtera.
para pembaca yang dikasihi,
pertama dan selamanya, saya memohon kepada semua untuk mendoakan kejayaan serta dipermudahkan imtihan saya dan kawan-kawan.
the next paper is ANATOMY~ semoga dipermudahkan.iA.
err u still have time syafina? writing all these things? don’t you think its a waste of time?? -.-’ there are more pages to read?!! @#$@#$%^&*&^%$
duhai hati,
kita manusia biasa, kadang-kala perlu cari sesuatu utk kembalikan semangat. dan semangat itu datang dari berbagai bentuk dan rupa. jadi,mungkin sesetengah orang itu dpt recharge semangat dia kalau menulis. sebab? kalau kita beri/share kata-kata yang bermanfaat kepada orang, dalam masa yang sama kita sedang memotivasi diri sendiri :) tak percaya? cubalah (,”)
baiklah, shall i start then? thank you.
rasanya anda semua tahu mengenai pepatah Arab yang berbunyi,
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam.”
tanya lah hati kita dimana letaknya tahap diri kita ini.
alangkah sedihnya jika diri tergolong dalam golongan yang rugi @ lebih teruk lagi golongan celaka. naudzubillah..
ayuh teman! mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi yang terbaik :)
*****************************************************************
tadi..
jam 1.30 ptg, handphoneku berdering, nombor malaysia ! *excited
”ummi!! “
segera ku angkat telefon,
“assalamualaikum”, tersentuh hatiku tatkala mendengar suara lembut seorang ibu……
“waalaikumsalam..ummi..”
*berbual hingga ke akhir talian…
*****************************************************************
:’) ya Allah rindunya pada mereka hanya Engkau yang tahu.
si ibu sering berpesan supaya si anak belajar dengan bersungguh-sungguh, jangan PERNAH berputus asa selagi masa itu ada.
adik-adik kecil sibuk bertanya bila si kakak akan pulang ke Malaysia, insya ALLAH, jika dipermudahkan, kakak pulang ya :)
indahnya silaturrahim itu :’)
hargailah keluarga kita selagi mereka ada di dunia. itulah satu anugerah yang sangat bernilai. sungguh Allah itu maha Penyayang..
semoga yang terbaik buat kalian :)
Blessed is the one whose age is lengthy and his deeds are commendable.-prophet Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wassalam..
may ALLAH bless us all.
thank you for reading
:)
Salam dan hi.
alhamdulillah, hari ni dpt jgk bernafas spt hari2 yg sblmnya..
tapikan~
malam tadi…diriku bermimpi. takut mimpi tu.
merepek2.
kalau korang ade mimpi seram, jgn cerita kt orang, tak kisah la seram ke, asalkan mimpi yg buruk. supaya tak mjd fitnah dsbgnya…
sebaliknya mimpi yang baik, sebaik2nya jgn cerita pada orang. takut mereka2 yang mendengar akan iri hati, jealous dsbgnya, kalau nak cerita jgk, cerita pada org yg kita percaya je.
kalau korang semua perasan, kisah mimpi ni sgt tersohor mase zaman nabi yusof kan. cube la carik balik kisah tu. menarik..
ok lah. stakat tu je. exam esok~
jgn gelabah2 buat experiment tu ^^
doakan sy dan kawan2 lain. terima kaseh.

British researchers studied 170 volunteers and found only 19% of men had frequent nightmares, while 30% of women did. Women suffered a greater emotional impact upon awakening.
wallahua’lam~
ayat Allah kat atas ni sgt menyentuh hati sesiapa yang membacanya.
sungguh Allah itu maha Pengasih dari segala yang pengasih…
May Allah bless us all
selamat pagi

in the name of Allah..
Assalamualaikum warahmatullah ..
sihat semua? harap2nya korang semua sihat2 belaka . baik jasmani mahupun rohani , iA.
skrg ni musim exam. bila cakap je pasal exam, bnda yang sama orang semua akan rasa…apekah perasaan tu? *resah gelisah, tak tenteram, risau dsbgnya…mostly perasaan yang kita tak selesa,.betul tak? itu lah nama nya exam..ujian, kalau kita tk rasa mcm tu, kite x normal :D
dlm musim exam ni, antara perkara yg paling penting, jg hubungan dgn kawan2. sbb diorang lah famly kita kt sini. kalau kt malaysia, jarang sangat tgk hubungan kawan tu rapat mcm famly, mmg ade , tp boleh dikira, sebab.. bila ade je masalah, ade je family nak mengadu, nak meminjam bahu mengalirkan tangisan kesedihan dsbgnya.betul tak? tp, kalau kt sini? siapa yg ada? SAHABAT kita semua.
tak sempurna iman seseorang selagi dia tak mengasihani saudaranya seperti dia mengasihani dirinya sendiri..
dalam musim exam ni jugak, dan dan la teringat kt family la…aaaah.sabarlah wahai diri,sabar.. tu semua ujian..ujian Allah beri kt sini, bukan ujian peperiksaan je, tp ujian persekitaran juga. so, byk2kan bersabar dan tabah kan hati..
andai kita orang yang beriman.. bila Allah beri ujian pada kita, kita akan rasa redha dan tenang, malah mampu mengukir senyuman yang iklhlas kerana ada rasa syukur.
so, kita tepuk dahi, tanya minda, tanya iman kita bagaimana. Allah layak nak beri kita apa2pun, kita ni tkde ape2 pun. atas iradat Allah, kemahuan Allah, kita boleh hidup smpai sekarang ni..dengan nikmat yang tak terhitung banyaknya.tp ape yg kita balas..~ astaghfirullah.. T.T
kepada semua kawan2, especially yang study kt tanta ni, sama2 kita doakan mumtaz semuanya.usaha usaha jugak, namun natijahnya tetap Allah yang beri.. btl tk?
sy nk mintak maaf pd semua kalau ada buat salah silap, yang sengaja atupun tidak.jangan tension2 time exam ni :) cari lah lampu hijau kita bila dah blur & down sangat tu..~
p/s:
1. lampu hijau tu bnda yang kita suka buat, atau pun bnda yang buatkan kita rasa happy dan semangat. Asalkan tak bertentang dengan syariat~
2. terasa ingin menulis melepaskan stress :D
3. ok,jom study!
4. oops,jgn lupa call keluarga korang kt malaysia nun di sane utk doakan kejayaan dan mintak maaf kt diorang, especially beloved parents korang ye :) doa ibu tu tak de hijab. sangat POWER! :) subhanallah..
wallahua’lam.
ALLAHUMMA NAJJIHNA FIL IMTIHAN FIL HAYATI FIDDUNIIA WAL AKHIRAH.
ameen!
^^” seronok dpt pergi program perkongsian dgn sweet husband & wife tadi,
doctor husaini & doctor fazlina.
si suami pakar bius jantung,
si isteri pakar perbidanan dan sakit puan.
HEBAT kan?
insya Allah kita boleh jadi spt mereka :)
let’s begin with the ends in mind !
Kami anak-anakmu Ku hulurkan salam Wahai Tuhanku Selamatkan mereka dari azab neraka Ku hulurkan salam Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu Sayangilah mereka sepertimana Ku hulurkan salam Wahai ibuku wahai ayahku Ampunkan segala keterlanjuranku Ku hulurkan salam
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
“e eh…cantik nya orang tu. suke tengok”
“eh ye ke. tak pun. aku tgk biasa je muke die, ramai lagi yang cantik”
***************************************************************
bismillahirrahmanirrahim.
agak2 ape point nak disampaikan?
ha. post kali ni mengenai nilai pandangan mata seseorang itu berbeza beza.
so, betul la kita biasa dengar, PENDAPAT SESORANG ITU SUBJEKTIF. tak de yang betul. tak de yang salah. bukan objektif :)
bukan apa, jangan kerana kita bebas nak luahkan pendapat masing2, smpai kita terumpat. *nauzubillah…
ada banyak kemungkinan yg perlu bermain2 dalam fikiran :-
ade kan golongan manusia2 kat atas ni..? :)
dalam islam juga ada mengajar kita utk bersangka baik kepada orang lain..
husnu zonn. kalau kita fikir kemungkinan2 tu, insya Allah kita takkan bersangka buruk pd orang lain. sy tau, mmg susah kadang2, sebab manusia ni kan pelupa, kadang2 ikut nafsu serakah tu mengundang keburukan. bergaduh dan sbgnya. ikut hati mati, ikut nafsu melulu.
tp, kena selalu reflex diri..kalau boleh tu, buat la buku muhasabah diri.
tulis amalan kita. tulis dosa mulut dan mata.. (sy jgk ckp pd diri sndiri)
kata Imam Ghazali R.H, Hitunglah Diri Kamu Sebelum Kamu Dihitung Dihadapan Allah Taala Dan Hisablah Diri Kamu Sebelum Kamu Dihisab..
bila dah buat muhasabah tu, insya Allah istiqamahkan. mana2 yang buruk tu perbetulkan. buat lah perbandingan..then reflex diri balik..sama ada banyak atau sikit dosa, pahala, amalan kita pulak mcm mana, solat kita bagaimana..
kalau rsa dosa byk, istighfar, mohon ampun..”innallah ghafuururrahim”
ok la, tu je kot. tangan yang menaip papan kekunci itu lebih dekat dari mata yang membaca di screen pc,
jd, sy jg meremind kan diri ini kerana manusia itu cpt lupa dan perlukan peringatan..betul kata pepatah,
berilah peringatan.
sesungguhnya peringatan itu bermakna buat orang yang beriman..
**smoga kita menjadi golongan tersebut. amin!
wallahua’alam
selamat hari lahir ummi dan abi. semoga Allah memberkati usiamu