Assalamu’alaykum. maaf jika terlambat ^^V
sy cuba untuk bantu mana yang mampu ye, dengan izin Allah.
bismillahirrahmanirrahim..
Dalam hidup ni, setiap manusia itu diberi ujian yang berbeza-beza, dan ujian itu diberi mengikut tahap keimanan masing-masing. Jadi, ape yang kita terima itu sesuai dengan kesanggupan kita. *again, diulang firman Allah ni.. :’)
Kita semua belajar, masa sekolah dulu, iman kita bertambah dan berkurang, saya pasti, semua tahu,bila mana iman kita naik, kita sentiasa rasa seronok, tenang kan? sebaliknya jika kita lemah, rasa down, cuba cek iman kita…tahap mana ia? tahap rendah, sederhana atau ICU. Insya Allah, perbaiki hubungan dengan Allah, jiwa kan tenang, segalanya kan sempurna.
Biasalah.., kita manusia biasa, kadang kadang naik turun tu biasa, andai lemah, jangan biar diri kita terus lemah, cari booster, cari kekuatan, kalau suka bersukan, pergi sukan puas puas, niatkan atas dasar ibadah, hati tenang, hilang segala kerunsingan di fikiran.Kalau suka dengar lagu,ape lah salahnye sekali sekala dengar alunan nasyid yang menenangkan jiwa, lagi bagus dengar ayat suci Al-Qur’an kan ?(: sebab Allah ade berfirman,
Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, hendaklah kamu dengarkan ia dan diamlah sambil memperhatikan (bacaannya) agar kamu diberi rahmat.. Al-A’raf:204.
*rahmat Allah, nikmat tu! (:
Kalau suka kan natural, pergi keluar rumah awal-awal, hirup udara segar, hayati ciptaan Allah,dengan penuh rasa rendah diri dan bersyukur sebab dapat merasai nikmat yang Allah kurniakan pada kita sehingga ke hari ini.. nak menangis, silakan, malah itu lebih baik, sebab ape? sebab…manusia ni hati dia makin lembut bila menangis especially ketika duduk berseorangan , ketika mengingati mati, merasai kewujudan Allah. Allah dah berfirman, Dia yang jadikan kita menangis dan tertawa (‘: Jadi, sahabat lapangkan fikiran… cari solusi yang terbaik jika ada masalah dan sebagainya.

Oh ya, saya pernah post dulu kan, kalau down, cari green light kita apa, so, boleh lah nak speed sampai guna gear 5 terus kan (: *hiperbola sikit ;)
Yang penting, check balik hubungan kita dengan Allah, itu yang paaaling penting..kuatkan semangat ye sahabat.. (: bila rasa lemah, cari kawan kawan yang boleh share sekali dan dapat membantu. cari kawan yang boleh bantu kita.Buatlah baik…sebanyak banyak nya. dan jangan ingat balik kebaikan yang kita buat tu takut takut di reject oleh Allah dek kerana perasaan riak dan ujub walau terlintas sesaat di hati kita..
Hidup ni sekejap sangat. Kehidupan akhirat itu lah yang kekal abadi selama,lamanya. Jadi, sabar lah dengan dunia… :’) letakkan dunia di tangan, bukan di hati, hati itu tempatnya untuk akhirat. Insya Allah. sama sama muhasabah diri.
La Takhaf,
La Tahzan,
Innallaha ma’ana…
Jangan takut,
Jangan bersedih..
Sesungguhnya Allah berserta kita..
“dan janganlah kamu merasa lemah dan bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang yang beriman..” Al-Imran, 139.
take things easy.
and always remember,

“Hanya dengan mengingati Allah,
jiwa kan menjadi tenang…”
Semoga bahagia selalu ye sahabat! (:
ramai yang sayangkan kamu (:
p/s : selawat banyak banyak ye sahabat.. baca surah insyirah,sambil letak tapak tangan di dada. yakin dengan pertolongan Allah. minta lah apa saja daripadaNya kerana hanya Allah saja yang dapat membantu kita,dan masalah itu pun semua datang daripadaNya. kita ni pun pinjaman Allah, bila bila masa kita kan kembali kepadaNya..mintalah ketenangan dari Allah.Allah itu kasihkan hamba-hambaNya :’) Dia mendengar rintihan kita semua..
semoga membantu,
Allahua’lam.
Assalamu’laykum.