Cute Hello Kitty 6

♥ following nature

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

counting days

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

First and foremost setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah kerana dengan izinNya kita semua dapat hidup dengan merasai pelbagai nikmat kurniaanNya tanpa dikenakan walau satu sen pun :’) Selawat serta salam kepada Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam , junjungan besar yang mulia, merupakan rahmat seluruh alam..alhamdulillah

Rasa nak update sekejap, biase la bila banyak sangat benda dalam kepala ni mesti nak luahkan :p bismillah 

akhir2 ni dunia terasa semakin berbeza, tak tahu kenapa. mungkin perasaan semata-mata. atau mungkin ia satu petanda…?

itu satu persoalan, tiada jawapan yang pasti melainkan jawapan dari Allah SWT.

takpe lah, serahkan saja pada Yang Maha Esa..

cuma, hati ini terkesan bila terbaca status seorang sahabat di YM, die cakap 

saat iman lemah, semua jadi serba tak kena..

mm, well, itu pendapat dia..tak salah pun, cuma..kadang2 kita perlu ingat, may be there are times, Allah nak susahkan kita kerana Dia sedang menguji keimanan kita. Jadi, maybe status tu perlu di gubal sikit kut :D supaya tak jadi salah faham :) mm,

saat iman lemah, walau dalam keadaan yang tidak didatangi dengan ujian yang berat pun, hati takkan tenang..seolah ada sesuatu yang kosong… -.-’ **tak suka kan rasa macam tu :(

sebaliknya, jika iman itu sedang menebal tinggi dalam diri seseorang insan, datanglah banyak mana pun ujian dalam satu masa, dia akan gagah dan tenang untuk hadapi ujian itu.. :) *alangkah indahnya..subhanallah! :’)

Jadi, sama2 la kite berusaha utk jaga iman kita sama2 ye..kalau rasa iman tu agak goyah, cepat2 kita cari alternatif yang tersedia di depan mata kita ni utk di grab :)

e.g : al-qur’an dan as sunnah, bacaan ilmiah yang mmberi manfaat, ayat2 suci al-qur’an atau apa2 saja yang menyuburkan jiwa kita..

Dah lah, banyak cakap pun, tak jadi jugak kan :) what if we make a first start then. :)  buka buku baru. jom! tambah kan iman masing2..kita nak kan rasa halawatun iman kan :)

insya Allah bila kita try pupuk rasa cinta kepada Allah dan RasulNya, kita akan dpt rasa kemanisan iman tu, dan 3 perkara tu dapat dicapai, 

ﺙﻼث ﻣﻦ آﻦ ﻓﻴﻪ وﺟﺪﺑﻬﻦ ﺣﻼوة اﻻﻳﻤﺎن ﻣﻦ آﺎﻧﺎﷲ ورﺳﻮﻟﻪ اﺣﺐ اﻟﻴﻪ

ﻣﻤﺎ ﺳﻮا هﻤﺎوان ﻳﺤﺐ اﻟﻤﺮءﻻﻳﺤﺒﻪ اﻻاﷲ وأن ﻳﻜﺮﻩ ان ﻳﻌﻮد ﻓﻰ اﻟﻜﻔﺮ

ﺑﻌﺪ أن اﻧﻘﺬهﺎﷲ ﻣﻨﻪ آﻤﺎ ﻳﻜﺮﻩ أن ﻳﻘﺬ ف ا ﻟ ﻨ ﺎ رً أﺧﺮﺟﻪ ﻣﺴﻠﻢ  

“Jika terdapat tiga perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman. 

1) Beliau mengasihi Allah dan rasulnya lebih dari sesuatu.

2) Beliau benci kembali kepada kekufuran, setelah Allah melepaskan beliau dirinya, sebagaimana beliau benci dicampakkan ke dalam neraka.

3) Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu, tetapi hanyalah kerana Allah”.

Iman adalah kemanisan dan kemanisan ini akan bertambah apabila iman bertambah kuat dan termetri.

Moga-moga halawatun iman ini dapat kita gapai selalu..amin!

*walau iman bertambah dan berkurang, namun jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak kita usaha  utk menambahkan iman kita okayyyy! 

*jangan lupa ingat selalu tntg kematian,sbb.. kita tak pasti bila penghujung hidup kita.. T_T dan berusahalah sebanyak2 nya utk mencari bekalan menuju ke destinasi yang pasti…semoga kita berjumpa lagi di sana .

maaf segala salah silap :)

Wassalam..

** note for self