Kuatkan hati ini..
Tetapkan ia atas agamaMu.
Aku serahkan segala urusan ini padaMu.
Jadikan aku seorang hambaMu yang redha atas ketentuanMu.
Kerana ku tahu Engkau mengetahui segalanya yang terbaik untuk dunia dan akhiratku.
Janganlah Engkau biarkan aku keseorangan.
Bantulah aku, redhailah aku dalam setiap pergerakanku walau dalam sekecil-kecil perkara.
Sesungguhnya,tiada daya dan kekuatan melainkan ia datang hanya daripadaMu, Allah.
PERMUDAHKANLAH SEGALANYA YA ALLAH…..!